Monday, 22 October 2012

Refleksi Minggu Kelima

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, pada minggu ke5 kami telah diberi Ujian 1 bagi kursus SKI 3013. Ujian ini adalah bertujuan untuk menilai pelajar tentang kefahaman mereka dalam penggunaan komputer sekaligus memberi pendedahan kepada para pelajar tentang etika penggunaan internet.

Masa yang diperuntukan untuk menjawab ujian ini adalah 1 jam dan pelajar dibenarkan pulang setelah sesi menjawab selesai.

Refleksi Minggu Keempat

Pada minggu ke-4, usaha dalam memperkemas blog masih dilakukan. Pada minggu ini, saya diajar untuk memuat turun video di dalam blog.memasukkan gambar dan menambah kawan-kawan. Selain itu juga, kita boleh memuat turun video tersebut secara terus dari fail atau daripada youtube. Banyak ilmu yang telah saya peroleh pada minggu kerana baru saya tahu banyak perkara yang boleh kita masukan di dalam blog selain daripada masukkan video atau gambar.

Seterusnya, pada minggu ini juga pensyarah ada mengatakan bahawa pada minggu hadapan iaitu pada minggu ke5 akan diadakan Ujian 1. Pansyarah meminta kami membaca maklumat mengenai Etika Penggunaan Internet dan beliau telah membuat satu tapak di dalam My Guru sebagai medium untuk perkongsian maklumat bersama rakan-rakan.

Sekian...=)

Tuesday, 9 October 2012

Refleksi Minggu Ketiga



TIGA minggu sudah berlalu. Saya masih dalam usaha untuk mencantikkan blog. Pada kali ini, pensyarah memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dengan lebih mendalam mengenai blog. Jadi, pada peringkat permulaan ini saya hanya membuat penambahan mengenai gadget, menambah kenalan di dalam blog, dan muat naik ‘profile picture’ dan beberapa post mengenai diri saya..

Refleksi Minggu Kedua


 Pada minggu kedua untuk kursus SKI3013 ini, saya belajar sesuatu  yang baru bagi diri saya tapi  mungkin perkara yang biasa bagi orang lain. Tugasan yang dilakukan pada minggu ini ialah membina “blog”. Jadi inilah blog yang saya maksudkan!!!=)Blog ini dibina untuk memberi input-input yang bermanfaat terutama yang berkaitan sains dan kimia. Jadi dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak dapat  memberi maklumat tambahan mengenai pembelajaran sains dan kimia.

Membina blog memang mudah tetapi untuk membuat perisian dalamnya agak sukar bagi saya. Maklumlah saya bukanlah pakar tentang blog. Tapi ,syukurlah ada kursus ini, sekurang-kurangnya saya tahu untuk membina dan mencantikkan blog saya!!=)

Masa 3 jam yang diperuntukan dalam kursus ini telah dihabiskan untuk membina blog dan menambah “gadget” semata-mata. Belum ditambah lagi dengan maklumat-maklumat lain. Agak-agaknya seminggu pun belum tentu cukup bagi saya. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat belajar sesuatu yang baru.
Setelah membina blog ini, perkara paling utama yang saya lakukan  adalah menukar ‘template’. Sukar bagi saya untuk mencari template yang betul-betul menarik perhatian saya. Sebab itulah, masa yang diperuntukan banyak saya habiskan untuk menukar ‘template’ dan  penambahan ‘gadget’ seperti jam dan animasi.
Seterusnya pada hari yang sama juga, pensyarah telah mengajar bagaimana untuk menggunakan ‘google document’ melalui  gmail.

Setelah dipelajari......
*(bagi pendapat saya) gmail adalah lebih kurang sama seperti yahoo. Dengan menggunakan ‘google doc’, kita dapat membina ‘online form’. Dengan menggunakan online form tersebut, segala urusan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh kita boleh mengisi borang tersebut secara”online” dan tidak perlu untuk membuat temu janji atau sebagainya. Cara ini sangat menjimatkan masa terutama bagi mereka yang sibuk dan tidak ada masa untuk mengisi borang secara manual.

Saya juga belajar untuk masukan  pautan atau ‘link’. Dengan hanya klik pada link tersebut, secara automatik paparan tersebut akan dibuka. Jadi, kita tidak perlu membuang masa untuk mencari paparan berkenaan. Misalnya, kita boleh mengisi borang tersebut dengan hanya klik pada ‘link’ yang disediakan sama ada di blog atau My Guru. Bukan itu sahaja, melalui akaun gmail juga kita boleh menghantar emel/dokumen kepada rakan-rakan yang lain.

Terima Kasih...

Refleksi Minggu pertama


SKI3013 ( Information and Commuincation Technology In Chemistry) merupakan salah satu kursus yang wajib saya amik pada semester ini. Saya yakin banyak manfaat yang akan  saya peroleh sepanjang kursus ini terutama dalam teknologi maklumat. Pada minggu pertama kursus ini, saya telah berjaya untuk membuka akaun “gmail”. Sebelum ini, saya belum pernah ada akaun gmail tersebut. dan tidak tahu apakah fungsi gmail tersebut.

Seterusnya, pensyarah kursus ini iaitu Cik Asmayati Bin Yahaya, talah menerangkan tentang penggunaaan My Guru di UPSI. My Guru merupakan salah satu wadah yang digunakan untuk  berinteraksi antara pensyarah-pelajar atau pelajar-pelajar. Melalui My Guru kita boleh mendapatkan maklumat daripada pensyarah, menggunakan e-forum(untuk menghantar tugasan disamping bertukar pendapat dengan rakan-rakan sekelas), menghantar mesej kepada pensyarah secara peribadi dan sebagainya.

Pada hari yang sama juga, pensyarah telah menerangkan tentang kerja kursus atau tugasan yang perlu dilakukan bagi semester ini seperti membina e-port folio, power point, e-forum, quiz, test dan ada beberapa lagi tugasan lain.

Setelah pelajari kursus ini, baru saya sedar bahawa gmail juga mempunyai banyak kegunaan.

Monday, 8 October 2012

Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan Internet II

Wednesday, 3 October 2012

Kenali Diriku


Nama empunya  blog ni ialah Aznida Bt Mohmmad Shafie berumur 20 tahun.  Jadi sy la orangnya. Sy nak cerita serba sikit tentang diri sy.. Lalalaa=p...Sy masih lagi belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim atau terkenal dengan gelaran UPSI jer. Semua org tau kan majoriti pelajar UPSI amik kos Pendidikan. Di sebabkan blog sy ni byk berkaitan dengan Chemistry, mestilah awk2 semua tau apakah kos sy kn. Hehehe.. sesiapa yg masih xbrapa nk faham 2, biar sy cite.. Sy ni amik kos Pendidikan Kimia dan dijangka akn bergraduat pd tahun 2015.. Huh!!! Lmbt lg 2. InsyaAllah bila abis belajar nanti dapat la berbakti pd keluarga, masyarakat dan Negara. Aminnnnnnn..

Sebenarnye, kalau awk2 semua nk tau, dlm kos Pendidikan Kimia batch sy ni, hnya ada 20 org shj pelajar.. sgt seronok  sbb semua knal antara 1 sma lain dan tersangatlah rapat sbb blajar dalam 1 kumpulan dan 1 kelas!!! Di bumi Tanjung Malim ni sy tinggal di Taman Bahtera bersama 4 org kawan baik,sejati, dan segala2nya lah. Maklumlah kolej dh xnk kami lg.hahaha..Jadi, tpksa membawa diri ke tmpt lain:( Sbnrnye kami ni biasa b’5 tp xtau knp yg sorg lg ni nk tgal d kolej.mklumlah org kuat kolej..hehehe.. Tp ape2 yg jd kt kami mmg best.  Suka duka diharungi bersma2..tq to all my beloved friends..Huhuhu...
Bermula dari sem 1 hinggalah sem 3 ni, kami b’5 xpnah bpisah.. myb djodohkan utk tgal bersma d bumi tanjung malim ni kot..hehe

Itulah die serba sedikit coretan mengenai diri sy..Ringkas je kan???
Tq.....:)