Tuesday, 9 October 2012

Refleksi Minggu pertama


SKI3013 ( Information and Commuincation Technology In Chemistry) merupakan salah satu kursus yang wajib saya amik pada semester ini. Saya yakin banyak manfaat yang akan  saya peroleh sepanjang kursus ini terutama dalam teknologi maklumat. Pada minggu pertama kursus ini, saya telah berjaya untuk membuka akaun “gmail”. Sebelum ini, saya belum pernah ada akaun gmail tersebut. dan tidak tahu apakah fungsi gmail tersebut.

Seterusnya, pensyarah kursus ini iaitu Cik Asmayati Bin Yahaya, talah menerangkan tentang penggunaaan My Guru di UPSI. My Guru merupakan salah satu wadah yang digunakan untuk  berinteraksi antara pensyarah-pelajar atau pelajar-pelajar. Melalui My Guru kita boleh mendapatkan maklumat daripada pensyarah, menggunakan e-forum(untuk menghantar tugasan disamping bertukar pendapat dengan rakan-rakan sekelas), menghantar mesej kepada pensyarah secara peribadi dan sebagainya.

Pada hari yang sama juga, pensyarah telah menerangkan tentang kerja kursus atau tugasan yang perlu dilakukan bagi semester ini seperti membina e-port folio, power point, e-forum, quiz, test dan ada beberapa lagi tugasan lain.

Setelah pelajari kursus ini, baru saya sedar bahawa gmail juga mempunyai banyak kegunaan.

0 comments:

Post a Comment