Tuesday, 9 October 2012

Refleksi Minggu Kedua


 Pada minggu kedua untuk kursus SKI3013 ini, saya belajar sesuatu  yang baru bagi diri saya tapi  mungkin perkara yang biasa bagi orang lain. Tugasan yang dilakukan pada minggu ini ialah membina “blog”. Jadi inilah blog yang saya maksudkan!!!=)Blog ini dibina untuk memberi input-input yang bermanfaat terutama yang berkaitan sains dan kimia. Jadi dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak dapat  memberi maklumat tambahan mengenai pembelajaran sains dan kimia.

Membina blog memang mudah tetapi untuk membuat perisian dalamnya agak sukar bagi saya. Maklumlah saya bukanlah pakar tentang blog. Tapi ,syukurlah ada kursus ini, sekurang-kurangnya saya tahu untuk membina dan mencantikkan blog saya!!=)

Masa 3 jam yang diperuntukan dalam kursus ini telah dihabiskan untuk membina blog dan menambah “gadget” semata-mata. Belum ditambah lagi dengan maklumat-maklumat lain. Agak-agaknya seminggu pun belum tentu cukup bagi saya. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat belajar sesuatu yang baru.
Setelah membina blog ini, perkara paling utama yang saya lakukan  adalah menukar ‘template’. Sukar bagi saya untuk mencari template yang betul-betul menarik perhatian saya. Sebab itulah, masa yang diperuntukan banyak saya habiskan untuk menukar ‘template’ dan  penambahan ‘gadget’ seperti jam dan animasi.
Seterusnya pada hari yang sama juga, pensyarah telah mengajar bagaimana untuk menggunakan ‘google document’ melalui  gmail.

Setelah dipelajari......
*(bagi pendapat saya) gmail adalah lebih kurang sama seperti yahoo. Dengan menggunakan ‘google doc’, kita dapat membina ‘online form’. Dengan menggunakan online form tersebut, segala urusan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh kita boleh mengisi borang tersebut secara”online” dan tidak perlu untuk membuat temu janji atau sebagainya. Cara ini sangat menjimatkan masa terutama bagi mereka yang sibuk dan tidak ada masa untuk mengisi borang secara manual.

Saya juga belajar untuk masukan  pautan atau ‘link’. Dengan hanya klik pada link tersebut, secara automatik paparan tersebut akan dibuka. Jadi, kita tidak perlu membuang masa untuk mencari paparan berkenaan. Misalnya, kita boleh mengisi borang tersebut dengan hanya klik pada ‘link’ yang disediakan sama ada di blog atau My Guru. Bukan itu sahaja, melalui akaun gmail juga kita boleh menghantar emel/dokumen kepada rakan-rakan yang lain.

Terima Kasih...

0 comments:

Post a Comment