Wednesday, 5 December 2012

Refleksi Minggu ke-11

Pada minggu ni, Pn. Asmayati tidak dapat hadir ke kelas kerana mengikuti kursus di Melaka. Walau bagaimanapun, kelas pada hari itu masih dijalankan seperti biasa dan kami masih lagi meneroka dan mempelajari cara menggunakan Cam Studio. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk berbincang dengan pasangan saya mengenai tugasan Cam Studio yang akan kami lakukan. Tajuk tugasan kami bagi Cam Studio ini adalah 'Cara-cara Menyunting Slide Show'.

Pada masa yang sama juga, saya cuba menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu forum di dalam My Guru. Sebelum kelas pada hari ini tamat, kami telah menghantar tugasan yang diberikan sebelum ini iaitu Spreasheet.

0 comments:

Post a Comment