Pada minggu ini, saya telah mempelajari Microsoft Office Excel.
Pensyarah telah mengajar kami bagaimana untuk membina graf berdasarkan daripada
data yang telah diberikan. Microsoft Office Excel mempunyai banyak manfaat
seperti dalam pengiraan, analisis data, dan sebagainya. Setelah mempelajari
Microsoft Excel, kami dikehendaki untuk mencari video yang berkaitan dengan
konsep kimia bagi tajuk kimia tingkatan 4 dan 5. Video merupakan salah satu
alat bantu mengajar (ABM ) yang digunakan dalam pembelajaran dan bertujuan meningkatkan
kefahaman serta mengukuhkan daya ingtan pelajar.
Seterusnya, kami telah diberi tugasan baru iaitu membina
spreadsheet dengan menggunakan Microsoft Office Excel. Tugasan ini hampir sama
dengan tugasan seperti minggu lepas tetapi ia dibina dengan menggunakan excel. Tajuk
yang telah kami pilih untuk tugasan ini adalah Rate of reaction (Effect of
Catalyst).
















0 comments:
Post a Comment