Pada minggu ini saya telah mempelajari mengenai stimulasi dalam
pembelajaran. Ini merupakan salah teknik yang digunakan oleh guru untuk
merangsang pemikiran pelajar dan menarik minat pelajar untuk belajar. Terdapat
tiga elemen penting dalam stimulasi iaitu engage, empower dan enhance.
Engage : Dilakukan pada peringkat awal yang bertujuan untuk
menarik minat pelajar dalam mempelajari sesuatu topik
Empower : Aktiviti yang dilaksanakan untuk memahami sesuatu
konsep
Enhance : Mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari
dalam kehidupan seharian
Pada hari yang sama juga, pensyarah telah memberikan tugasan
secara berpasangan untuk membina stimulasi berdasarkan ketiga-tiga elemen tersebut.
Stimulasi tersebut adalah berdasarkan subjek kimia tingkatan 4 dan 5. Untuk
itu, kami telah memilih Redox Reaction sebagai tajuk tugasan kami.
Bagi tugasan seterusnya, kami dikehendaki berada di dalam
kumpulan masng-masing bagi membincangkan tajuk forum yang akan dimasukkan di
dalam My guru.















0 comments:
Post a Comment